Januari 29, 2016

KEK PANDAN EKSPERIMEN YANG SANGAT SEDAP


SELAMAT PAGI..
Syukur Alhamdulillah dan kek eksperimen menjadi dengan gebunya. Saja nak mencuba dan tengok hasilnya bagaimana dan ternyata ianya sedap sekali. Tanpa menggunakan mentega dan pengasingan putih dan kuning telur, 
Sue guna sebiji telur terus cuma mengambil sedikit masa untuk menjadikan telur dan gula kembang dan putih gebu.
Teksturnya seakan kek chiffon dan rasanya lemak yang menjadikan sedikit  kelainan. Manakala santannya sue masak sehingga mendidih untuk mengeluarkan sedikit minyak sebagai pengganti mentega. Kejadian yang sangat memuas hati dan sedap sangat lebih lagi digandingkan bersama air teh kosong.  Nak cuba? Jom tengok resepi..


KEK PANDAN SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
250g telur - anggaran 4-5 biji kalau telur gred A
200g gula kaster (boleh kurangkan sebab sini gulanya tidak manis macam gula tebu)
1/3 gula vanilla
*Kalau guna esen vanilla letak 2 sdt tapi jangan dipukul bersama telur. Letak kemudian bersama dengan santan.*

(B)
150g tepung kek - ayak
180g santan (jangan terlalu pekat) - masak sehingga mendidih dan timbang menjadi 150g.
2 sdt pandan paste

*Panaskan ketuhar pada suhu 170-180 degrees*
1) Pukul bahan A sehingga putih gebu selama 15 minit (high speed).
2) Kemudian masukan tepung berselang seli dengan santan, esen vanilla, pandan paste dan di akhiri dengan tepung.
3) Pukul perlahan sehingga sebati dan rata.
4) Sapu sedikit mentega pada loyang dan tabur tepung. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 35-40 minit bergantung pada oven masing-masing dan 5 minit terakhir guna api atas bawah sehingga atad keperangan.

 *Untuk mempastikan ianya sudah masak ke belum cucuk dengan penyucuk satay dan kalau ianya tidak melekat dan licin bererti kek sudah masak. Keluarkan terus dari oven dan terbalikan kek diatas radai untuk mengeluar wap panas. Caranya sama macam membuat kek chiffon atau kek span*.

SELAMAT MENCUBA!
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...