Disember 12, 2015

NASI BRIYANI AYAM SIMPLE


Assalamualaikum dan apa khabar?? 
Alhamdulillah baru berkesempatan entri memandangkan lately kita sibuk pindah, kemas barang dan sekolah semestinya.
Banyak yang KIV dan hari ni kita gaghi juga entri. Rindu pulak pada blog yang tak seberapa ni...
nasi ni ni kita buat 3-4 hari lepas bila teringin sangat nak makan briyani. Ni percubaan pertama kita guna rempah briyani dari Lebanon yang kita beli tempoh hari di kedai arab. Rasanya memang sedap tapi Sue tambah sikit dengan kari biasa, tak banyak pun 1/2 sdt je hihi..

NASI BRIYANI AYAM SIMPLE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
2 cawan beras basmathi - cuci bersih dan rendam 1/2 jam. Toskan.

(A) Untuk stok ayam
2 ketul paha ayam
2 helai daun bay
1 biji buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
1 batang lotang kecil lobak merah - potong 3-4
1/2 batang saleri - potong 3-4
1/2 sdm rempah briyani
1/2 sdt serbuk kari ayam/daging
4 cawan air 

(B) Tumis
1 biji bawang besar - potong panjang
1-2 sdm minyak zaitun
1 sdt minyak sapi/ ghee

(C) Untuk masak nasi
1/2 cawan susu cair
11/2 cawan stok ayam 
Garam secukup rasa
*Bergantung pada jenis beras yang digunakan. Kenal pasti terlebih dahulu sukatan air yang biasa digunakan untuk memasak takut terlebih atau terkurang air dan kejadiannya tidak cantik*

(D) Taburan
Sedikit kacang peas
Lobak merah selepas merebus stok - potong dadu kecil
Kismis hitam/kuning

Ayam panggang simple
Paha ayam yang telah di rebus
1 sdm madu 1sdm jus lemon
garam secukup rasa
1/2 sdt lada hitam - tumbuk kasar
1 sdm minyak zaitun


 Cara
1) Bahan A - Rebus paha ayam menggunakan api kecil sehingga ayam timbul. Angkat ayam dan ketepikan sehingga suam.
2) Tapis stok rebusan tadi dan ketepikan.
3) Tumis bahan B sehingga bawang layu dan tutup api.
4) Masukan beras yang sudah di tos tadi ke dalam periuk nasi dan masukan bahan tumisan serta bahan C. Rasa secukupnya dan kacau sebati. Masak seperti biasa.
5) Bila nasi dan masak dan bertukar keep warm, Masukan bahan D dan carik menggunakan garpu dan tekan cook lagi dan masak sepenuhnya.
6) Untuk ayam panggang, satukan kesemua bahan-bahan dan bakar dalam oven pada suhu 180 api atas bawah sehingga keemasan ( anggaran 20-25 minit)

SELAMAT MENCUBA!


KRAM





Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...