November 22, 2015

TOMYAM FRIED NOODLES


Hari ni siap entri awal semua.. Masak awal makan pun awal juga. Nanti bila dah gelap mata memang mengantuk.
Menu kita hari ni sempoi je guna instant egg noodles. Teringin nak makan mee tomyam tapi kesian pulak cik somi tak makan pedas. Untuk melangsung hajat kita buat goreng je letak paste tomyam. Rasa yang tak pedas dan cik abang kata sedap! hihihi.. Sampingan tu kita masuk je apa yang ada dan ikan salmon grill simple.

TOMYAM FRIED NOODLES
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 paket @250g egg noodles (kering) - celur dan toskan.
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdm paste tomyam
1-2 sdm sos tiram
1 sdt sos ikan
Serbuk perasa dan gula secukup rasa
Garam sedikit (rasa masin nya terlebih dahulu)
Minyak untuk menumis

Bahan tambahan
Brokoli - Celur sekejap
Kacang peas
Cili benggala - Potong
Cendawan butang - belah 2
Lobak merah - potong mancis
Daun ketumbar sedikit - hiris halus

Cara
1) Celurkan mee terlebih dahulu sehingga lembut (angan terlalu lembik nanti hancur bila di goreng). Buangkan air dan salur dengan air paip dan toskan kering, ketepikan.
2) Tumis bawang putih hingga kuning dan masukan bahan selebihnya. Tumis dan rasakan secukupnya.
3) Masukan mee tadi dan goreng sekejap. Bila bahan dan melekat masukan bahan tambahan dan goreng lagi dalam 5-6 minit. Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...