Oktober 11, 2015

3 LAYER GREEN TEA


Alhamdulillah...  demam green tea melanda di group MASAK APA HARI NI. Pelbagai citarasa dan idea yang menarik. Tidak di nafikan kita di sini pun jadi terikut. 
Alhamdulillah.. semalam Sue pergi Thai store nak beli barang dapur dan ternampak green tea dengan harga yang kurang lebih di malaysia dalam rm15@ 30kr termasuk gst dan import tax. 
Kali ni Sue buat 3 layer menggunakan sirap gula apong, gula merah dan gula melaka serta sedikit gula pasir. Memang nanti lepas di masak sirupn nya kan mendapat banyak dan bolehlah di sejukkan untuk kegunaan bila perlu. 
Kalau di sarawak 3 layer tea memang famous dan ada yang menggunakan sirap pandan. 



3 LAYER GREEN TEA
Resepi: Sue Norrman
Sumber: Facebook

Bahan sirap
50g gula pasir
50g gula merah
2 keping kecil gula melaka 
25g gula apong (Tak ada abaikan)
50-60ml air

Cara
1) Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masakan sehingga gula hancur sepenuhnya.
2) Tapis dan simpan dalam kontena dan boleh di simpan dalam peti sejuk.


Green Tea
 Bahan-bahan
3 sdt serbuk green tea
250ml air panas mendidih

Bahan sampingan 
Susu pekat manis
Susu cair carnation
Ais secukupnya

Cara
1) Letakan serbuk green tea dalam gelas tahan panas dan tuangkan air panas memdidih. rendan dalam 10-15 minit.
2) Tapiskan terlebih dahulu sebelum digunakan.
3)  Sediakan gelas, ambil 1sdm susu manis dan tuang kedalam gelas. Kemudian masukan lagi 1 sdm sirap gula dan diikuti ais batu dalam 4-5 ketul.
4) Tuang Green tea yang sudah di tapis tadi hingga 3/4 gelas dan tuang susu cair secukupnya.
5) Bila hendak minum kacau terlebih dahulu dengan sudu supaya ianya sebati. 

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...