September 01, 2015

HOMEMADE ROTI CANAI SEDAP


Semalam sarapan pagi Sue dengan homemade roti canai. Lama sebenarnya nak makan roti canai tapi masa tidak mengizinkan. Nak dapatkan yang instant memang menangis lah jawabnya.
 Juga sue buat simple dhalca  bersama sambal bilis  DISINI yang memang dah sedia ada untuk nasi lemak tempoh hari. 
Resepi asal dari abang Sue yang dulu berjual roti canai dan sambutan Alhamdulillah sehingga sue buka restoren pun menggunakan resepi yang sama. Sehingga kini abang Sue masih membuat canai instant dengan harga yang murah, 5 keping rm2.50 sahaja.
Walaupun dah sejuk ianya masih kekal lembut. 
Kalau dulu di restoren Sue roti canai menjadi satu top menu sarapan pagi dan roti bom juga yang pertama di miri. Tak lain juga roti TISU yang berbentuk macam kon juga menjadi kegilaan  customer. 
Kesian pekerja Sue tiap hari mengguli 5-8kg tepung dan itu cuma untuk sehari. Kalau katering mereka mengguli sampai 20kg. Ada mesin tapi mereka tak nak guna sebab tekstur doh bila dah siap tak sama macam di uli dengan tangan. 
Itu mereka yang cakap.. 
Kalau malam roti tisu yang banyak keluar dan majoriti pelajar dari Curtin Universiti yang datang jauh semata-mata untuk roti tisu. 
Walaupun  mengambil sedikit masa mana tak satu plate besar cuma untuk satu roti je. 
Disitu bermula femes roti tisu di Miri. Pada yang tahu restoren sue memang sudah pasti kami mempunyai our own speciality's menu. 
Dhal pada awalnya Sue buat sendiri dan bila dan kenkangan masa Sue ajar pekerja Sue untuk ambil alih tugas. Alhamdulillah rasanya tetap sama hari-hari kerana sukatan yang sama harus dipatuhi. 

HOMEMADE ROTI CANAI SEDAP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
500ml air suam
1 biji kuning telur A
3 sdm sus pekat manis
2 sdm mentega/marjerin
Garam secukup rasa

(B)
1 kg tepung gandum (Green label)

Cara
1) Satukan bahan (A) dan rasakan lemak manis dan garam secukupnya.
2) Tuang ke dalam bahan (B) dan uli hingga doh lembut. (Sue guna bread maker untuk mudah) Rehatkan doh selama 30 minit. Bila dan siap tumbuk buang angin dan uli lagi sekejap.
3) Bolehlah di bahagi ikut saiz yang disuka. Biasa 1 kg tepung dapat 20-23 biji dan terpulang pada saiz yang disuka.
4) Sapu marjerin dalam kontena dan bolehlah di bulat-bulatkan doh tadi.
5) Bila dan siap semuanya, sapu lagi marjerin pada keseluran doh, pastikan semuanya menutupi dan bolehlah disejukan.
6) Keluarkan doh biar lembut terlebih dahulu sebelum digunakan.
7) Untuk yang tak pandai menebar, Sediakan talam besar dan sapu minyak. Ambil sebiji doh dah tekan-tekankan dengan jari supaya nipis. Pastikan jangan terlalu kering nanti susah untuk di tarik.
8) Letakkan lagi sedikit minyak atas doh dan tarik-tarikan hingga ke hujung permukaan talam.  Tarik perlahan-lahan supaya tidak koyak. Kalau doh betul-betul lembut ianya mudah dan tidak koyak bila ditarik.


9) Kemudian boleh lah di angkat dari talam dan ianya akan menjadi panjang. Golongkan doh yang sidah di canai tadi dan letak dalam talam yang di sapu minyak. (Gambar diatas)
10) Sediakan non stik pan dan letak sedikit minyak, Ambik doh yang sudah di canai tadi dan tekan-takan nipis disekeliling dan letak dalam pan. Siram sedikit minyak atasnya supaya ianya garing diluar dan tidak kering. Guna api kecil dan masak hingga kekuningan sebelah menyebelah.


11) Angkat dan letak atas kertas minyak dan tepuk canai tadi supaya ianya mudah dimakan (gambar diatas).
* Untuk frozen pula masak sekejap atas api sebelah menyebelah dan biarkan sejuk. Bolehkan di masukan dalam plastik dan bekukan.*

KARI DHAL SIMPLE DAN SEDAP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
 (A)
1 cwn kacang dhal- rendam semalam 
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 biji cengkih
1 batang kulit kayu manis
1/2 sdt serbuk kunyit
Air secukupnya untuk merebus

(B)Kisar
1 biji bawang bombay
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
Minyak secukupnya untuk menumis

(C)
Cili giling sedikit
1 sdm serbuk kari daging adabi
1 sdm serbuk kari daging baba's
(Serbuk kari tambah sedikit air untuk menjadi paste)
1 sdm udang kering- rendam dan tumbuk

 (D)
1-2 ketul tulang dada ayam- potong kecil
3 biji kentang- potong dadu
5 cawan air*

(E)
Garam, gula , air asam jawa dan serbuk perasa secukupnya
1/2- 1 cawan santan pekat
*Jangan terlalu lemak* 
4 batang kacang panjang- potong pendek (1 inci)

Cara
1) Rebus bahan (A) sehingga kacang dhal lembut. Nak guna pressure cooker lagi cepat.
2) Kemudian buangkan rempah tumis tadi dan ketepikan sementara menyedia bahan-bahan lain.
3) Tumis bahan (B-Kisar) hingga kuning. Kecilkan api dan masukan bahan (C) ikut turutan. Pastikan kari pecah minyak dahulu baru masukan udang kering.
4) Selepas itu masukan bahan (D) kecuali (*)dan kuar hingga sebati baru masukan (*).
5) Biarkan mendidihkan sehingga kentang empuk dan masukan kacang dhal yang sudah direbus tadi. Kuar sebati dan kalau masih pekat tambah air lagi. 
6) Akhir sekali masukan bahan (E) dan rasakan secukupnya.
7) Sedia untuk dijamau juga sedap dimakan bersama roti canai dan sambal bilis.
SELAMAT MENCUBA!


2 ulasan:

jaja berkata...

Salam akak Sue. Nak tanya, susu manis tin tinggi tu yang mana? Tin susu yang biasa tu ke?

Sue Norrman berkata...

w'salam sis.. Tin yg sederhana besar dlm 400g tu. Tin sama saiz mcm susu cair sis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...