September 06, 2015

CRISPY FRIED CHICKEN@ KFC DAN NASI SUGAR BUN


Hari ni tetiba nak makan ayam kfc dan nasi sugarbun. Walaupun nasi sedikit kering tapi sedap. Sue guna beras basmathi kot dan air paras sama menyebabkan nasi sedikit kering. Bila tengah masak tetiba kawan watsapp hati mula runtun.. Mulanya Sue cuba pujuk hati tapi memang tak tertahan airmata tatap mengalir. 
Sahabat yang menjadi teman rapat boleh mengkhianati kita dari belakang. Apalah sekadar berkongsi resepi yang tak seberapa tapi hati kita manusia tak sama. Bermula dari resepi Sue kelaur di majalah saji keluararan september itu yang membuatkan persahabatan menjadi permusuhan. Dalam mengutuk tapi masih boleh berinteraksi komen sakan dalam FB macam tak ada apa yang berlaku hakikatnya dia makan hati. Ya Allah.. jauhkan diriku dari sifat yang sedemikian.
 Sedih hati ni masih lagi dan suami Sue sampai cakap bagus tutup FB. sue terdiam sejenak berfikir 2 kali. Di situ juga kita dalam berkongsi ilmu yang boleh di terima pakai yang penting jangan memanjangkan fakta yang kita tidak tahu kebenarannya. 
Sini Sue kongsikan resepi ayam goreng crispy memang hasil Sue sendiri dan tak cedok dari mana-mana. Sejujurnya dari hati dan mengambil masa yang lama berekperimen dengan bahan-bahan supaya menfdapat hasil yang ranggup walaupun sudah sejuk.. ala-ala kfc.

CRISPY FRIED CHICKEN@ KFC
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 kg kepak ayam- cuci bersih dan toskan
*Kalau menggoreng menggunakan deep fryer tidak payah di rebus dulu ayam. Kalau menggoreng menggunakan kuali biasa/ non stik rebus ayam sekejap dalam 5 minit. Pastikan air mendidih baru masukan ayam dan toskan sejuk baru diperap. Ini untuk memastikan ayam tidak berdarah didalam dan tepung tidak hangus bila digoreng lama*
2 biji telur ayam A
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 sdt lada sulah
1/2-1 sdt serbuk kayu manis (terpulang ikut suka)
2-3 sdt serbuk kari ayam/daging
1/2 sdt serbuk cili- nak pedas letak lebih
Garam dan gula sedikit secukup rasa
1 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan tepung sagu
Sedikit air sejuk jika perlu

(B)
2-3 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung beras
1 sdm serbuk perasa
Sedikit serbuk kayu manis kalau suka

Cara
1) Satukan bahan (A) dan rasa secukupnya. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
*Kalau tepung masih kering tambah air sejuk sedikit-sedikit sehingga tepung melekat kulit ayam. Janagan cair nanti bila disalut tepung kering ianya tidak melekat*
2) Sebatikan bahan (B) dalam bekas besar supaya senang menggolek ayam.
*Panaskan minyak dengan api sederhan sehingga betul-betul panas*
3) Golek ayam satu persatu dan menutupi keselurahan ayam dan goreng hingga keperangan.
4) kalau tepung menyalut tidak cukup buat cara yang sama sedikit (agak-agak dari sukatan).
5) Goreng sampai habis dan boleh lah dimakan panas.


NASI ALA SUGARBUN
Resepi: Sue Norrman
Oleh Sue Norrman

Bahan-bahan
2 cawan beras - cuci dan toskan
10-15 biji cendawan butang - cincang halus
Garam Serbuk perasa secukupnya
Kismis hitam - ikut suka
1/2 sdm mentega/marjerin
1/2 sdm ghee( nak lebih sikit pun sedap)
1 helai daun pandah - simpul
Air secukupnya bergantung pada jenis beras
Sedikit warna kuning
Cara
1) Panaskan mentega dan ghee dalam periuk, masukan cendawan dan tumis hingga kuning.
2) Kemudian masukan air yang sudah disukat,pewarna serta serbuk perasa dan garam. Biarkan memdidih sekejap, tutup api.
3) Masukan beras dalam periuk nasi elektrik. Tuang air tadi dan daun pandan serta kismis.
4) Masak seperti biasa dan bila air seakan kering bolehlah dikuarkan supaya kismis sebati dengan nasi dan tutup tudung lagi. Biarkan sehingga masak sepenuhnya.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...