Ogos 28, 2015

ALMOND BUN


Alhamdulillah.. Almond bun ni Sue buat semalam. Sambil masak dan uli doh masuk dalam bread maker je. Resepi doh basic yang Sue ambik dari rancangan tv masakan pagi di Sweden dan tak menggunakan bread improver juga ada pengubahan bahan-bahan. Semuanya terpaksa di translate untuk memudahkan kita semua. Sue ganti dengan baking powder dan tambah sour cream untuk melembut tekstur doh. Intinya memang sedap dan ini merupakan kali ke 4 Sue buat bun yang sama..


ALMOND BUN
Resepi. TV Sweden 
Oleh: Sue Norrman

ALMOND FILLING
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
150g serbuk almond
100g mentega
80g gula kaster
1 sdm gula vanila (Kalau tak ada boleh ganti esen vanila 1/2 sdm)

Cara
Satukan sebati semua bahan-bahan sehingga menjadi paste.



Bahan Doh
(A)
150ml susu suam ( tak kesah apa jenama)
10g instant yis (Sue guna fresh yis)
30g gula kaster

(B)
350g tepung roti
11/2 serbuk penaik@baking powder (Sue tambah)
2 sdm tepung susu (Sue tambah)
1/2 sdt garam

(C)
1 sdm sour cream (Sue tambah)
1 biji telur + 1 kuning telur (saiz c) - Sue tambah
50g mentega

Sapuan
1 biji kuning telur
Sedikit gula pasir

Cara
1) Satukan bahan (A) dan rehat 5-10 minit sehingga yis berbuih.
2) Masukan kedalam bread maker dan masukan bahan (B).
3) Tekan setting dough dan uli sebati baru masukan bahan (C) satu persatu.
4) Kemudian biarkan mesin mengguli hingga elastik.
5) Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk untuk membuang angin dan bahagi kepada 2-4 bahagian. (Terpulang pada masing-masing)
6) Tabur sedikit tepung supaya tidak melekat ketika menggiling. Giling memanjang dalam 20-25cm manakala lebar dalam 30cm. Ratakan bahagian tepi selepas digiling.
*Sedia dulang pembakar dan lapik dengan kertas kek*
7) Sapu filling tadi dengan rata dan golong dari sukatan lebar ke arah menajang.
8) Letak dalam dulang pembakar. jangan meletak terlau rapat nanti selepas dibakar ianya akan kembang takut melekat.
9) Gunting doh yang sudah digolong tadi secara merencong,jangan sampai putus ye. Gunting satu dan pusing ke kanan, kemudian gunting lagi pusing ke kiri sampai habis.
10) Selesai semuanya rehatkan lagi doh dalam 20 minit.
*Panaskan oven pada suhu 180-200 degrees (oven Sue 200 degrees) api atas bawah*
11) Sapu roti tadi dengan bahan sapuan (telur) dan tabur sedikit gula. masuk kedalam oven dan bakar 20-25 minit sehingga keperangan.
12) Bila dan masak sapu lagi dengan sedikit mentega untuk mengilat dan melembut bahagian atas bun.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...