Jun 23, 2015

TACO LASAGNA BERKRIM


Lasagna ni merupakan salah satu makanan kegemaran Sue. Dulu di Malaysia susah nak dapat  fresh lasagna pasta. Sini Kira murah lah 200gm RM5. Apa-apa jenis pasta semua ada. Cuma tinggal rajin atau tidak je. Biasa kalau lasagne Sue suka buat dalam bekas aluminium kecil untuk sekali makan. Walaupun buat dalam 3-4 set kalau ada lebih Sue frozen kan je. Kekadang 'M' tu datang memang tak yah nak cakap so defrost kan dan masuk microwave.. Done..hihihi

 
 
Kali ni tukar selera pula dah biasa buat dan cuba bermacam style. Dalam tumisan daging Sue masukan serbuk Taco mix yang memang banyak jual kat sini. Dari yang normal sampai yang super spicy. Tak kiralah daging, ayam, seafood atau vegies semua sedap kalau berkrim kan. Kalau bab western ni memang Sue tak berapa pandai tapi boleh makan dan kalau ipar duai datang depa puji gak.. Angkat bakul lagi... Kadang tu depa pulak tanya dengan kita melayu ni padahal asal depa lebih arif dari kita. Mungkin air tangan tu berbeza. Sebenarnya Sue berguru dengan suami dan mr gugel juga. Paling senang dengan suami lah pasal dia banyak western ingredients dan spices yang dia tahu untuk masak. Kita tengok dan merasa je tapi oleh kerana minat menjadi juga. Lasagna ni Sue buat ikut citarasa dan sesuai untuk budak-budak pasal tak pedas. Siapa yang minat boleh mencuba. Resepinya sat na...


TACO LASAGNA BERKRIM
Oleh: Sue Norrman

200gm Lasagna pasta 
500gm daging kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 sdt serbuk taco mix
1 sdt pati lembu
1sdt tomato puree ( tak letak pun tak apa)
2 sdt gula dan garam secukunya
2 sdm butter
Cara:-
1) Didihkan air dalam periuk bersama 1sdt garam dan 1sdt minyak hingga mendidih. Masukkan lasagna 1-2 keping je dalam satu masa. Jangan terlalu masak nanti pecah. Kurang lebih 2-3 minit bergantung pada jenama. ( lihat cara memasak di belakang kotak)Angkat dan rendam sekejap dalam air sejuk angkat dan toskan. Letak satu-satu supa tidak melekat. Boleh juga sapu sikit minyak supaya tidak kering sementara menunggu yang lain masak. Ketepikan.
2) Tumis bawang besar bersama dengan butter hingga kuning dan masukkan daging kisar. Kuar hingga bertukar warna dan masukkan serbuk taco mix. Sebatikan.
3) Masukkan bawang putih tumbuk bahan selebihnya. Kuar sebati dan tutup api. Ketepikan dan masak krim sos. Sementara itu preheat oven 175c.


KRIM SOS
Oleh: Sue Norrman

350ml susu segar
20gm tepung gandum
350ml whipping krim
30gm butter
1/2 sdt garam
100gm cheddar parut (Nak lebih pun boleh)
Cara:-
1) Satukan susu dan tepung. Kacau sebati.
2) Cairkan butter dan kecilkan api. Masuk bancuhan tepung kuar hingga naik wap dan masukkan krim serta garam. Kacau lagi sebati masukkan cheddar.
3) kuar sampai cheddar cair dan masukkan bahan yang di tumis tadi. Sebatikan.
4) Sapu bekas dengan butter sedikit. Letak lasagna dan masukkan inti dan buat selang seli hingga 
habis.
5) Bakar menggunakan api atas bawah dalam 30-35 minit hingga keperangan. Bergantung pada oven masing-masing.



Sebenarnya tak lah seremeh bila membuatnya tapi bergantung pada pasta juga. Lain brand lain kualiti nya. Insyallah.. Tipnya jangan merebus terlalu lama dan bila terlebih masak tu yang koyak. Nanti kita bakar ianya jadi lembut juga.



KRAM

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...