Jun 21, 2016

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH... sangat sedap!



SELAMAT BERBUKA PUASA..
Inilah lauk semalam yang sue masak bersama nasi minyak kenduri DISINI. Gandingan yang ideal sekali lebih-lebih lagi hari raya akan tiba boleh lah mencuba resepi ayam berempah ini. Satu kelainanannya ialah ayam tidak perlu digoreng. Kebiasaan masak merah menggunakan ayam mesti digoreng dahulu kan? Tapi tidak pada ayam masak merah yang sue buat. Insyallah isinya tidak hancur kalau cukup masa perapan bersama rempah dan bahan sampingan lain. Dan makin lama kita perap makin sedap juga masa memasak pun tidak mengambil masa yang lama. Yang pasti ianya sedap dan membuka selera. Dah lebih 20 tahun sue masak ayam merah cara tersendiri dari anak sue yang sulung dan kini dah berumur 20 tahun. Nak tahu rasanya sedap ke tak?.. jom cuba resepi!!


AYAM MASAK MERAH BEREMPAH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong sederhana, buang kulit dan cuci bersih. Toskan.
(anggaran ayam 1.5kg seekor)

Bahan Perapan
1 sdm jintan putih - sangai/ goreng tanpa minyak dan kisar halus
1/2 sdm biji ketumbar - sangai/ goreng tanpa minyak dan kisar halus
1/2 sdm serbuk jintan putih
1/3 sdm serbuk ketumbar
1/2 sdm tomato paste/puree
3 sdm sos cili
1 sdm sos tomato
4-5 sdm madu
100ml susu cair

Bahan Tumis
1 batang kecil kulit kayu manis  
5 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
1 bunga lawang
2 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
Minyak secukupnya untuk menumis

(A)
3-4 sdm cili giling - nak pedas tambah lagi
2 biji buah keras - tumbuk halus

Bahan kisar halus
1/2 biji bawang bombay/ besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai

(B)
Garam dan gula secukup rasa
1 ketul kiub ayam
1 sdm kerisik


Cara
 1) Sediakan bahan untuk memerap ayam


 2) Masukkan kedalam bekas yang berisi ayam kecuali susu cair dan gaul sebati.


3) Kemudian masukkan susu cair dan gaul sebati lagi.


 4)  Perap ayam selama 2-3 jam dalam peti sejuk dan tutup dengan plastik lutsinar atau dalam bekas kedap udara.



>>Masa untuk menumis...


1) Sediakan bahan untuk menumis.


2) Tumis bahan tumisan (rempah tumis, bawang merah dan bawang putih) sehingga kuning.


3) Kemudian masukkan bahan A (cili giling dan buah keras) yang telah ditumbuk halus. Kacau dan tumis sehingga cili garing dengan api sederhana.


4) Bila cili dah garing masukkan bahan kisar (bawang, halia dan serai), Tumis sehingga bawang masak. Kalau kurang minyak tambah lagi. Part ni mesti kena cukup minyak untuk mendapat hasil dan warna yang cantik!


5) Boleh lah masukkan ayam yang telah diperap tadi (ayam sahaja dulu ye manakala kuah nya yang lebih simpan dan akan diguna lagi nanti).


6) Kacau sebati selama 5 minit boleh lah masukkan lebihan kuah perapan tadi dan kacau sebati lagi dengan api sederhana.



7) Biarkan ianya mendidih dan masukkan bahan B (kiub ayam, garam, gula dan kerisik) secukup rasa. (lebihkan manis sedikit). Kalau masih pekat tambah sedikit air dan tutup api. 

*Anggaran masak dalam 30-35 minit bergantung pada saiz ayam yang dipotong. (kecil atau besar)*

8) Bila dan cukup masak warnanya akan kemerahan dan cantik sekali. Boleh dimakan bersama nasi, lemang dan ketupat.


SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...