Ogos 10, 2015

Daging Masak Hitam Berempah Sedap


Alhamdulillah... Baru berkesempatan memasak daging masak hitam bonda. Masakan ni merupakan salah satu masakan kegemaran Sue cuma nak membuatnya menunggu masa yang sesuai. Semalam Sue masak untuk tetamu yang datang..hihihi. Masakan ini merupakan menu yang selalu ada untuk menu hari raya, kenduri kawin atau apa jua kenduri.

Salah satu menyebabkan daging masak hitam ni sedap kerana ianya harus di perap dengan rempah-rempah dan bahan yang lain. Bila kita masak kemudiannya ianya tidak mengambil masa yang lama lebih-lebih lagi kalau menggunakan daging yang tak banyak lemak atau urat. Sebenarnya sukatan untuk bahan-bahan semua menggunakan anggaran belaka tapi Sue dah buat sukatan yang seeloknya untuk memudahkan. Insyallah daging ni sedap dimakan dengan lemang atau apa jua yang boleh dimakan buat sampingan..




DAGING MASAK HITAM SEDAP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 kg daging batang pinang
1 sdm ketumbar biji-sangai dan kisar halus
1 sdm jintam putih-sangai dan kisar halus
1/2 sdm jintam manis-sangai dan kisar halus
1 sdm serbuk ketumbar
1/2 sdm serbuk jintan putih
1/2 tin susu cair
1/2 cawan sos cili
3 sdm sos tomato
4 sdm kicap pekat manis
3 sdm kicap lemak masin
1 sdt gula hitam/browning/kicap pekat cap camel
1/2 atau 1 keping kecil gula melaka/gula apong (ikut kemanisan)
(B)
4 sdm kerisik
Garam secukup rasa
Serbuk perisa jika suka untuk pengganti AJI NO MOTO

Bahan Kisar
1 biji bawang bombay
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
11/2 ketul halia-saiz ibu jari
2 batang serai.hiris halus dahulu
Sedikit lengkuas-anggaran hujung 1/2 saiz ibu jari

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga anis
3 bini buah pelaga
6 kuntum cengkih
Cili giling- terpulang pada kepedasan yang di suka
1 biji bawang besar- hiris halus
1 helas daun pandan
Minyak secukupnya untuk menumis


Cara

*Kisar (bahan kisar) terlebih dahulu kerana ianya di guna sedikit untuk perapan daging. Selebihnya boleh di masukan dalam peti sejuk sebelum digunakan*
 
1) Hiris daging mengikut jalur supaya daging tidak liat bila di masak. Cuci dan toskan.
2) Masukan daging tadi kedalam bekas. Ambil  1-2 sdm bahan kisar dan kesemua bahan (A). Gaul sebati dan rata keseluruhan dan perap sekurang-kurangnya 4 jam. Kalau nak lebih sedap perap semalaman dan boleh di simpan  di dalam peti sejuk (bukan tempat beku).
3) Selepas di perap, Tumis bahan tumis sehingga naik bau dan bawang besar layu. Masukan bahan kisar tadi dan tumis sampai bawang betul-betul masak dan kuning. Kecilkan api dan akan nampak bawang pecah minyak baru masukan daging yang di perap.
4) Kuar daging hingga sebati. Tutup periuk dan biarkan mereneh. Kena selalu di kuar supaya tidak hangus di bawahnya. Bila daging dah mendidih masukan bahan (B). Rasakan secukupnya masin dan manisnya.
5) Bila Daging dah empuk tutup api dan Sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM




Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...